ASAM gelugur atau 'garcinia cambogia' terkenal dengan pelbagai manfaat termasuk baik untuk kesihatan dalaman. Bagi kegunaan dapur, ia selalunya akan dipotong nipis dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijadikan penambah rasa pada masakan. Kebiasaannya, asam gelugur digunakan dalam masakan seperti asam pedas, gulai, tomyam dan laksa selain bertujuan menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sesuatu masakan. Namun sebenarnya, asam keping ini adalah bahan istimewa untuk merangupkan makanan terutama ikan keli. Menerusi hantaran Pak Man di TikTok, dia sering meletakkan asam keping semasa menggoreng ikan keli. Asam keping dimasukkan terlebih dahulu. Malah katanya, selain mengelakkan percikan minyak berlaku, ikan keli yang digoreng juga kurang berminyak dan lebih rangup. Cara-caranya: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Apabila telah panas, masukkan kira-kira dua atau tiga asam keping terlebih dahulu. 3. Kemudian masukkan ikan keli yang telah disaluti garam dan kunyit. 4. Biarkan seketika dan alih. Angkat apabila kedua-dua belah isi ikan masak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube