suria

“Kadang-kadang geram juga!” - Izzue Islam tak faham perangai netizen

PELAKON Izzue Islam merupakan antara selebriti yang aktif menggunakan laman sosial untuk berinteraksi bersama peminat.

Menurut Izzue, dia pernah membalas beberapa komen negatif daripada netizen yang difikirkan melampau dan keterlaluan.

"Saya bukanlah seseorang yang suka membalas komen negatif, cumanya ada sesetengah kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh mereka (netizen).

"Apabila kita tanya elok-elok, kenapa dia tulis macam tu? dia sekat kita pula.

"Saya tegur macam tu sajalah, kadang-kadang geram juga. Kita tanya lepas itu mereka block. Kalau tak suka saya, baik block awal-awal saja kan senang," katanya kepada mStar Online.

Izzue yang juga duta Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) ditemui ketika sidang media program tersebut di Bangunan NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Izzue akui kuat kerana isteri.

Sementara itu, Izzue berkata bukan dia sahaja yang menerima kecaman, malah isterinya, Awin Nurin turut terpalit sama.

"Isteri saya turut dilemparkan kata-kata kurang baik di laman sosial. Saya kasihan, selepas kami berkahwin, dia berhadapan dengan macam-macam benda.

"Namun dia hadapi semuanya dengan tenang. Saya ini lelaki, apabila baca komen tak best rasa nak marah, mujurlah Awin ada menenangkan saya.

"Sifat positif yang isteri tunjukkan itu memberi inspirasi untuk saya. Ingat ya, media sosial ni tempat untuk cari kawan, tunjuk bakat terpendam, jadi gunakanlah dengan cara baik," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Izzue Islam, DFKL2019


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi