suria

Gaya tudung dah OK, tapi Nama The Music kena tukar fesyen baju dalam Asia’s Got Talent

PERSEMBAHAN kumpulan Nama The Music di pentas program realiti Asia's Got Talent berjaya mencuri tumpuan ramai sehinggakan mendapat standing ovation daripada penonton.

Pada sesi uji bakat dihadapan juri yang bersiaran Khamis lalu, kumpulan yang dianggotai empat wanita berhijab ini menyanyikan lagu Lady Gaga berjudul Bad Romance.

Menurut ketua kumpulan iaitu Nur Fazrina Mohd Ani, mereka berbangga membawa Nama The Music sebagai kumpulan wanita bertudung dan berjaya menunjukkan bakat nyanyian mereka.

"Sejujurnya, kita tak jangka dapat tepukan gemuruh itu tapi tak boleh nak rasa selesa kerana masih perlu memperbaiki lagi nyanyian. Komen yang diberi juri pada malam itu sangat membantu.

"Penampilan bertudung ini kalau orang luar mungkin akan rasa pelik... tapi kita nak tunjukkan pada mereka bahawa kita juga boleh bersaing dalam industri muzik dan imej muslimah ini tidak menghalang untuk berkarya.

"Mengenai pakaian, kami akur apabila membaca komen yang meminta menukar cara penampilan yang nampak biasa-biasa. Insya-Allah, kalau berjaya ke pusingan seterusnya kita akan ubah gaya dan penampilan," katanya kepada mStar Online.

Selain Fazrina, kumpulan ini turut dianggotai oleh Fara Dolhadi, Syamimi Makhetar dan Norfazira Malik.

Ia diadili oleh tiga juri tetap iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park. Program ini bersiaran setiap hari Khamis pukul 9.30 malam di saluran AXN.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi