suria

As’ad kena peluk atas pentas, Lil J tak kisah jika peminat buat benda sama

PENYANYI baharu Lil J memberitahu dia ingin menyebarkan semangat positif dan menyemai perasaan kasih dalam kalangan peminat.

Menurut Lil J, peminat merupakan individu penting menentukan kejayaan seseorang selebriti, justeru itu dia harus menghargai sokongan mereka.

"Sekarang ini saya sudah ada ramai kawan dan peminat. Saya sangat menghargai sokongan mereka dan mahu melihat senyuman di setiap wajah mereka.

"Bagi saya senyuman itu satu benda paling mahal, kerana senyuman itu membuatkan saya rasa gembira. Saya juga mahu sebarkan benda baik dan positif!," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi lagu Bestfriend ini berkata dia sudah bersedia jika ada peminat fanatik melakukan tindakan di luar kawalan.

"Saya sudah bersedia dengan apa jua tindakan peminat kerana saya berada di sini kerana mereka. Saya mahu peminat berasa seronok.

"Mungkin sebab teruja berjumpa dengan selebriti kesukaan membuatkan mereka bertindak sedemikian dan ia berlaku di luar kawalan. 

"Memandangkan mereka peminat yang sentiasa menyokong, kita perlu hargai dan saya tak kisah jika dipeluk peminat kerana itu menunjukkan rasa sayang sesama manusia," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi