suria

#Bizibody: Nakal betul Luqman Faiz, berani kongsi surat cinta

EPISOD #Bizibody minggu ini kita berada di kediaman penyanyi Luqman Faiz yang popular menerusi lagu Kepuraanmu.

Dalam pertemuan itu, Luqman sempat berkongsi sekeping surat yang ditulis oleh bekas kekasih ketika dia berada di tingkatan empat.

"Surat diberikan kekasih saya ketika bersempena sebulan kami kami bercinta. Masa itu saya tingkatan empat dan dia tingkatan lima.

"Walaupun dah tak ada apa-apa hubungan, kami masih berkawan lagi. Ramai orang cakap muka dia macam instafamous, Sharifah Rose," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun ini turut mengimbau kembali kenangan ketika dia di zaman kanak-kanak dengan membawa kami meninjau sekitar kawasan kediamannya.

"Rumah lama saya belakang ni sahaja, kami sekeluarga pindah rumah baru ini semasa saya darjah lima. Sekeliling rumah saya ini semuanya saudara-mara.

"Kawasan rumah ini agak misteri, ceritanya semasa saya masih kecil dulu, kalau demam atau tak sihat selalu kena rasuk.

"Alhamdulillah, kejadian terakhir berlaku ketika saya di tingkatan tiga. Sekarang ini, tiada lagi!" katanya.

TONTON VIDEO PENUH BIZIBODY YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi