suria

Isteri pandai menyanyi buat Ameer (Forteen) cair!

PENYANYI yang juga ahli kumpulan Forteen, Ameer, mendedahkan single terbaharu kumpulan itu yang berjudul Diam Saja menjadi hadiah terindah bersempena perkahwinannya minggu lalu.

Ameer atau nama sebenarnya Mohamad Arif Ameerais Azhar menjelaskan single tersebut juga dilancarakan pada hari pernikahannya yang berlangsung Jumaat lalu.

“Alhamdulillah semuanya cukup indah dalam tempoh seminggu perkahwinan kami ini, rezeki kahwin datang melimpah ruah apabila datang pelbagai tajaan daripada banyak pihak.

“Lebih manis kumpulan Forteen turut melancarkan single terbaru berjudul Diam Saja pada hari yang sama saya menamatkan zaman bujang. Boleh dikatakan ini hadiah terbaik daripada kumpulan yang saya sertai sejak 2011 ini,” kata Ameer kepada mStar Online.

Ameer menamatkan zaman bujang Jumaat lalu

Ameer, 29, mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya iaitu Naja Shamsul Kamar Jumaat lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Linangan Terakhir ini berkata dia sudah mula jatuh hati kepada isterinya sejak kali pertama mereka bertegur sapa di media sosial.

Ameer tertarik dengan keperibadian Naja

“Kami sudah berkenalan lebih setahun lalu dan semuanya bermula di ruangan media sosial. Saya memulakan langkah menegurnya dan mula rapat selepas itu.

“Saya mula jatuh cinta padanya selepas melihat keperibadiannya yang pandai menjaga diri sebagai wanita muslimah, lebih menarik Naja mempunyai bakat nyanyian yang baik sehingga membuat hati saya cair,” tambah Ameer.

ameer forteen, forteen


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi