suria

Tangkap dan bakar sendiri makanan laut kegemaran anda

SIAPA sangka di sebalik lokasi memancing udang galah yang kelihatan seperti bangsal, rupa-rupanya ada sesuatu yang sangat istimewa khusus buat si penggemar makanan laut.

Terletak di Jalan Sungai SOP, Batu 14 Pekan Hulu Langat, Kuala Lumpur, Prawn Valley Farm tidak sukar untuk dicari.

Tanpa penghawa dingin, jauh sekali kerusi empuk dan meja makan mewah, restoran yang terletak di pinggir kota ini bagaikan syurga makanan laut untuk anda seisi keluarga.

Restoran berkonsepkan makan sambil memancing ini membolehkan pengunjung menikmati hidangan sambil menangkap udang galah atau ketam nipah yang dilepaskan setiap 45 minit di dalam 'sungai' bersebelahan meja mereka.

Pelanggan yang datang menjamu selera di restoran ini boleh memilih sendiri makanan laut dari sungai berkenaan untuk dijadikan hidangan mengikut citarsa masing-masing.

Terdapat dua jenis masakan yang boleh dipilih iaitu sama ada panggang atau steamboat.

Selain itu anda wajib cuba dua sos istimewa iaitu Thai hijau dan sos golden kerana aroma limau segar dengan rasa masam-masam manis tentu sahaja membuatkan anda kecur air liur.

Makan percuma

Menariknya, restoran makanan laut di sini turut menawarkan promosi makanan percuma kepada pelanggan sekiranya mereka berjaya melepasi empat tahap pagar logam yang tersedia di hadapan pintu masuk.

Mungkin sukar untuk dipercayai, namun itulah kelainan yang ditawarkan pemilik Prawn Valley Farm, Javier Chew Wee Hoe, 26, untuk para pelanggannya.

Jika anda berumur 18 tahun ke atas namun memiliki berat badan kurang daripada 45 kilogram, ini mungkin peluang untuk mendapatkan bufet makanan laut percuma bernilai RM68.

Menurut Javier, promosi berkenaan bertujuan menggalakkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan mereka.

"Kami buat cabaran palang besi ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar menjaga pemakanan dan berat badan.

"Bntuk membuatkan ia lebih menarik, saya menawarkan ganjaran sekiranya mereka berjaya melepasi keempat-empat halangan itu," katanya.

Kolam udang galah ini dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 pagi manakala restoran pula hanya beroperasi dari pukul 5.30 petang hingga 1 pagi kecuali Rabu.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi