GARA-GARA memuat naik foto sekeping foto bertudung di Instagram, penyanyi Zizi Kirana menerima pujian peminat yang berharap dia mengekalkan imej tersebut.
Menurut Zizi, foto tersebut dirakam ketika dia menghadiri satu program televisyen di Indonesia, baru-baru ini.
"Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya, Insya-Allah kalau saya sudah benar-benar bersedia saya akan pakai tudung. Waktunya itu pasti akan tiba nanti," katanya.