suria

“Kami berkawan baik demi anak” - Sam Bunkface sepakat urus anak dengan bekas isteri

VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam berkata dia dan bekas isteri, Aida Azira Hussin sepakat untuk terus mengekalkan hubungan baik demi masa depan anak mereka.

Kata Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32, dia dan Aida juga sudah menentukan jadual penjagaan anak mereka, Maleeq yang kini sudah berusia dua tahun.

"Kami masih berkawan baik demi anak, kami pun duduk dekat jadi senang nak uruskan Maleeq. Itu yang saya pentingkan sekarang.

"Kami dah buat perjanjian untuk sama-sama jaga anak... begitu juga masa bersama bagi setiap hujung minggu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini Sam dan Aida mengesahkan mereka sudah bercerai pada Januari lalu.

Sam Bunkface


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi