suria

“Sumpah demi Allah tiada orang ketiga” - Fendy (Caliph Buskers) berterus terang tentang punca cerai

PEMAIN dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun menegaskan perpisahannya dengan bekas isteri, Nadira Rubina langsung tiada kaitan dengan campur tangan orang ketiga.

Fendy, 29, juga menjelaskan tindakannya merahsiakan perpisahan mereka sejak November 2017 itu kerana ingin memberi fokus terhadap kerjaya masing-masing tambahan lagi mereka berada dalam kumpulan yang sama.

“Kami dah berpisah sejak 8 November 2017, tiada niat nak sembunyikan daripada pengetahuan orang ramai namun kami cuba beri fokus terhadap niat utama mencari rezeki dalam dunia seni. Malah langsung tiada isu timbul antara saya dan Nadira biarpun berada dalam satu kumpulan.

“Saya juga nak tegaskan tiada orang ketiga dalam hubungan kami sebelum berpisah, cuma mungkin ada kekurangan daripada pihak saya. Sampai satu tahap kami dah tak dapat perbaiki hubungan tersebut maka perceraian adalah jalan terbaik,” kata Fendy kepada mStar.

caliph buskers, cerai


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi