ISU orang ketiga bukan perkara baru dalam kehidupan kita dan ia sering mendapat perhatian warganet kerana mangsa curang selalunya meluahkan perasaan di media sosial.
Lebih memburukkan terdapat beberapa isu curang menjadi kes jenayah berikutan individu yang terlibat gagal mengawal emosi.
Ada kalanya pergaduhan pasangan di tempat terbuka juga mengundang padah jika momen itu dirakam dan dimuat naik di media sosial yang akhirnya memalukan mereka.
Justeru timbul persoalan... antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih cenderung berlaku curang?