APABILA kita bercakap tentang cita rasa, ia begitu subjektif.
Jadi sudah pasti setiap individu mempunyai cita rasa dan pandangan yang berbeza.
Secara lumrahnya, lelaki dan perempuan akan saling terpikat antara satu sama lain.
Untuk Korset X Pipe kali ini, kita ingin bertanya kepada kaum hawa, bahagian mana yang membuatkan mereka tertarik kepada seorang lelaki.