suria

Julang trofi juara AJL34, Naim Daniel harap tiada isu kongsi hadiah dengan bekas kekasih

PENYANYI Naim Daniel menganggap kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) adalah perkara paling tidak masuk akal yang pernah dilalui dalam hidupnya.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, dalam pada itu tidak menjangka lagu Sumpah nyanyian dan ciptaannya turut menjadi ramalan selebriti Neelofa sebagai pemenang.

“Merepek! Rasa macam mimpi, kali pertama kita mengadakan sesi temuramah beberapa tahun dahulu adalah mengenai lakonan saya dalam sebuah filem namun hari ini kita bercerita tentang Juara Lagu pula. Ini pengiktirafan terbesar yang saya pernah dapat sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

“Malah beberapa selebriti tanah air turut meletakkan Sumpah sebagai pilihan pertama untuk Anugerah Juara Lagu kali ini termasuklah Neelofa, saya rasa terharu. Ini membuktikan karyawan di Malaysia sangat menyokong hasil kerja seni pengkarya lain tanpa memikirkan isu persaingan,” kata Naim kepada mStar.

Naim ditemui semasa majlis sidang media AJL34 pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Naim berharap tidak akan ada sebarang isu timbul selepas netizen yang berkongsi kemenangan dengan bekas kekasih yang didakwa turut berkongsi idea menghasilkan lagu berkenaan.

“Kami masing-masing sudah jelas dengan isu penulisan lirik lagu Sumpah yang didakwa ditulis bersama-sama ketika dahulu, masing-masing pun sudah bahagia dengan kehidupan baru.

“Harapnya tiada perkara berbangkit selepas kemenangan ini, jika ada pun kami selesaikan secara tertutup,” tambah Naim.

naim daniel, sumpah, ajl34


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi