PEMERGIAN Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ke Rahmatullah mengundang sebak orang ramai.
Rata-rata tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga pelawak yang cukup disenangi itu.
Ada juga peminat yang berkongsi kenangan manis serta kebaikan Abam sepanjang hayatnya sebelum bertemu sang pencipta.
Menerusi Korset X Pipe kali ini, mStar memberi peluang kepada peminat berkongsi perasaan mereka mengenai kehilangan yang mengejutkan ini.