suria

“Susah cari lagu sesuai dengan kemampuan vokal saya” - Nabila Razali akhirnya bakal muncul dengan lagu baharu

SUKAR mendapatkan lagu yang sesuai dengan kemampuan vokal menjadi penyebab Nabila Razali tidak muncul dengan single terbaharu.

Namun kata Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 28, selepas hampir setahun akhirnya dia menerima lagu hasil ciptaan Hael Husaini dan bakal menjadi runut bunyi untuk drama Seindah Tujuh Warna Pelangi.

“Saya akui memang lama untuk saya mencari material (lagu) yang baharu untuk diperdengarkan kepada ramai orang.

“Semestinya untuk cari material yang bagus, sesuai dengan kemampuan vokal saya agak susah... tapi Alhamdulillah saya dah jumpa dan saya sangat berpuas hati,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Nabila berkata dia bersyukur diberi peluang untuk mengalas watak utama menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang akan disiarkan menerusi slot Akasia.

“Saya bersyukur sangat-sangat untuk permulaan tahun 2020 ini dapat lagu yang bagus dan tampil dalam drama yang menarik,” katanya.

Nabila Razali


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi