ALLAHYARHAM Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam mungkin hanya seorang pelawak yang tugasnya menggembirakan hati para peminatnya.
Ketika hayatnya kita sering terhibur dengan keletah dan lawak bersahaja namun sarat dengan mesej.
Namun semua itu tinggal kenangan, pemergian Abam akan sentiasa dirindui.
Kematian Abam tentunya dicemburui kerana darjatnya diangkat apabila arwah diziarahi orang ramai, hampir 2,000.
Edisi Kenot Brain kali ini kita mengenang kembali momen-momen indah bersama arwah Abam yang sangat disenangi ramai.
Malah pelawak Achey daripada kumpulan Bocey turut bercerita mengenai Abam.