PENYANYI Shiha Zikir menawarkan hadiah duit raya untuk peminatnya yang menyertai cabaran membaca surah Al-Fatihah.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, berkata semuanya bermula apabila dia dan beberapa rakan berbincang untuk menjayakan satu cabaran yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
“Saya nak ajak mereka untuk sertai cabaran yang baik sebegini, mengapa tidak kita sama-sama belajar. Tak perlu bertaranum pun malah hanya perlu bacakan surah yang pastinya semua orang tahu.
“Tak semestinya yang pandai membaca sahaja boleh masuk, saya nak sama-sama semua amalkan bacaan surah tersebut terutamanya di bulan Ramadan ini. Saya akan pilih beberapa pemenang untuk diberikan duit raya, ” kata Shiha kepada mStar.