PENYANYI Bito Beyto kecewa apabila menjadi mangsa penipuan dalam talian yang membabitkan kerugian sebanyak ratusan ringgit.
Bito atau nama sebenarnya Kamal Aiman Kamarudin, 22, berkata dia mula curiga terhadap penjual berkenaan selepas pembayaran dibuat.
“Pada mulanya saya tertipu dengan scammer ni apabila terpedaya dengan janji manisnya yang kononnya menjual telefon bimbit dengan harga murah. Saya pun tak tahu macam mana boleh percaya, terasa seakan dipukau.
“Kerugian tidak lah banyak cuma RM500 sahaja, namun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ni memang jumlah tersebut terasa besar. Berhentilah buat kerja kotor dan makan duit haram sebegini, mungkin terlepas di dunia namun ingatlah akhirat itu pasti ada, ” kata Bito kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!