suria

Andi Bernadee pasrah tak boleh balik beraya di Sabah - “Apa nak buat, saya tak nak ‘complaint’ lebih-lebih”

PENYANYI Andi Bernadee mengakui gemuruh menanti laungan takbir raya di pagi Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Shimmy itu, biarpun ini bukan kali pertama dia tidak dapat pulang ke kampung di Sabah untuk beraya, namun perasaan sayu dan sedih tetap sama apabila tibanya 1 Syawal.

“Sebenarnya saya paling takut nak dengar takbir raya... sebak! Tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan saya di pagi Aidilfitri nanti. Pernah juga tak balik beraya di Sabah, tapi masa itu keluarga sayang datang ke sini.

“Tapi kali ni memang sambut raya seorang diri tanpa keluarga,” kata Andi kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Andi Bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi