suria

Nabila Razali risau naik pentas, takut ‘terkucil’ lagi - “Tak trauma, tapi gementar sebab saya tahu apa yang orang cakap”

PENYANYI Nabila Razali memberitahu dia tidak trauma untuk tampil di pentas bagi menyanyikan lagu Peluang Kedua namun mengakui sedikit risau jika kesalahan lama kembali berulang.

Namun Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, menganggap apa yang terjadi kepada dia adalah satu ujian dan bersyukur lagu Peluang Kedua mendapat tangga pertama di setiap platform carta lagu.

“Nak kata trauma tu tak ada, tapi risau sedikit... setiap kali saya nak naik pentas saya berdebar sebab tahu apa yang orang akan cakap tentang lagu itu.

“Namun bagi saya, itu adalah satu ujian... yelah, tak semua benda baik kita dapat, mesti ada ujian sikit-sikit, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk Peluang Kedua menyertai mana-mana pertandingan lagu, bagaimanapun sekiranya ia berlaku dia menerima dengan hati terbuka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Nabila Razali, Peluang Kedua,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi