suria

“Dari lubuk hati memang ingin berkolaborasi dengan kakak sendiri tapi...” - Tajul teringin duet dengan Beby Acha

PENYANYI Tajul Arif berkata hasrat untuk berkolaborasi bersama kakaknya Beby Acha sukar tercapai berikutan mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang berbeza.

Bagaimanapun, Tajul, 22, berharap kolaborasi bersama adik-beradiknya itu termakbul suatu hari nanti.

Selain Beby Acha, dua abangnya iaitu Awis dan Khalis turut berada di bawa syarikat rakaman MVM Music.

“Dari lubuk hati memang ingin berkolaborasi dengan kakak sendiri, namun apakah daya kami lain-lain syarikat.

“Untuk Awis dan Khalis mungkin senang untuk tampil bersama Beby Acha tapi saya agak susah... melainkan mereka dapat pujuk syarikat saya, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini memberitahu, dia masih lagi mencari komposer untuk lagu baharunya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tajul,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi