suria

“Tak guna iri hati dengan penyanyi baharu” - Azlan (Typewriter) buang ego terima muzik BBNU

PENYANYI Azlan (Typewriter) mengakui dia terpaksa membuang egonya sebagai seorang penyanyi senior untuk bekerjasama dengan penyanyi muda demi kekal relevan dalam industri hiburan.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 38, berkata, dia juga mula belajar untuk menerima permintaan terhadap muzik yang dihasilkan bakat baharu yang dikenali sebagai BBNU bagi menembusi pasaran muzik semasa.

“Kita dah tak boleh nak tapis muzik apa yang peminat perlu dengar, macam-macam karya mereka dah hadam. Rasanya dah tiba masa untuk penyanyi senior buang ego untuk terima muzik baharu.

“Kenapa tidak kita gabungkan muzik lama dan baharu? Industri ni kecil, tak perlu la ada rasa iri hati dengan penyanyi junior, ” kata Azlan kepada mstar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azlan Typewriter, Yonnyboii


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi