suria

“Sampai habis nyawa saya akan cari pencuri tu!” - Ayu Puteh tak ‘beri muka’, bengang filem dicetak rompak

PENERBIT filem Ada Apa Dengan Dosa, Datuk Ayu Puteh ingin meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap sebuah laman e-dagang kerana gagal mengawal proses jual beli di platform mereka.

Ayu atau nama sebenar Normashayu Puteh, 42, berkata, walaupun pihak e-dagang tersebut memadam pautan serta mengambil beberapa tindakan segera bagi menghalang aktiviti penjualan filem cetak rompak, namun ia tidak memadai kerana dia sudah mengalami kerugian.

“Kenapa baru sekarang kamu nak blacklist orang yang menyewa kedai kamu?

“Semua orang nak buka kedai mesti ada polisi, kenapa apabila benda ini jadi... baru nampak perkara ini salah, ” ujarnya kepada mStar.

Selain itu tambah Ayu, selain laman e-dagang, dia akan terus menjejaki beberapa platform lain yang turut menciplak dan menyiarkan karya terbitannya untuk diheret ke muka pengadilan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi