PELAKON Ellie Suriaty tetap berpendirian bahawa kerajaan wajar mengenakan lesen terhadap pengendali akaun YouTube tertentu agar kandungan hak cipta pihak lain dapat dipertahankan.
Menurut Ellie, 50, pada ketika ini terdapat ramai pencipta kandungan atau content creator yang bebas menggunakan karya penerbit lain tanpa kebenaran untuk dijadikan bahan kritikan mereka.
“Apabila kamu jana pendapatan, kamu kena bertanggungjawab dan jika kamu gunakan visual saya di YouTube... kamu tidak mendapatkan kebenaran saya.
“Ada juga content yang memperlekehkan saya, kamu buat duit dengan perlekehkan saya," ujarnya kepada mStar.
Ellie ditemui ketika sidang media Gabung Anak Seni pada 6 Ogos lalu.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!