PENYANYI yang pernah popular menerusi lagu Dingin, Alina Hassan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan selepas berita mengenai kehidupannya mendapat liputan media.
Menurut Alina, 52, pada mulanya dia malu untuk berkongsi kisah kehidupannya kerana namanya pernah popular suatu ketika dahulu.
“Sebenarnya tiada keberanian dalam diri saya, Nama Alina Hassan pernah menjadi nama besar dulu.
“Apabila nama Alina Hassan dikaitkan dengan kehidupannya sekarang, saya jadi malu, ” ujarnya kepada mStar.
Tambah Alina, dia kini mempunyai masalah penglihatan apabila mata kanannya tidak dapat digunakan kerana penyakit selaput mata atau katarak.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!