suria

“Saya hadiahkan mak kereta… Allah balas cash” - Haqiem Rusli kongsi rahsia murah rezeki, menang Nissan Leaf ABPBH33

PENYANYI Haqiem Rusli enggan melayan cakap-cakap yang mendakwa kononnya dia membeli undi semata-mata mahu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 33(ABPBH33) pada Jumaat lalu.

Sebaliknya kata Haqiem, 22, kejayaan itu adalah hasil kerja keras kelab peminatnya yang mahu dia mengungguli anugerah berdasarkan populariti itu.

“Sejujurnya saya tidak beli undian, itu semua adalah usaha 100 peratus daripada Qiemilio. Saya sangat hargai dan ia menunjukkan bahawa Qiemilio adalah kelab peminat yang sangat kuat.

“Saya bangga dengan mereka yang saya anggap sebagai sahabat. Tak mengapalah kalau ada yang pertikai, mereka ada pendapat sendiri, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Haqiem Rusli, ABPBH, beli undi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi