suria

Selepas berlakon, Coki ‘King Slowmo’ TikTok nak menyanyi pula - “Saya nak buat single macam K-Clique dan Yonnyboii”

MEMPERTARUHKAN bakat lakonan menerusi filem Petaka, selebriti media sosial Coki memberitahu pembabitannya dalam karya tersebut memberi satu cabaran buat dirinya.

Cerita Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, dia berdepan cabaran ketika melakonkan babak air mata.

“Kali pertama berlakon saya rasa agak susah sebab kita berganding dengan pelakon legend seperti Wan Maimunah dan Nabila Huda.

“Untuk filem Petaka masa babak saya menangis atas bot, itu memang kena ambil mood betul-betul... memang susah nak nangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jadi kegilaan, Coki bakal bergelar pelakon - “Sejak darjah enam dah pasang impian nak berlakon!”

Tambahnya, pelakon senior seperti Nabila Huda banyak membantunya untuk membawa watak ini disamping memikirkan tentang kesusahan keluarga untuk menjayakan babak menangis.

“Ketika penggambaran saya memikirkan tentang keluarga... jadi mood sedih tu datang, ” katanya.

Dalam pada itu menjawab persoalan netizen tentang pelajaran, Coki menjelaskan dia kini mengikuti pembelajaran dari rumah atau home schooling dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Coki, Petaka, Filem, Tik Tok, SlowMo, Artis Sensasi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi