suria

Ini sebabnya Illa Sabry tarik diri, enggan menyanyi lagi - “Saya tak serasi dengan dunia glamor... kemasyuran”

PASTI ramai masih ingat tentang penyanyi Illa Sabry yang popular menerusi lagu Kerana Kekasih sekitar tahun 2001.

Kini selepas 20 tahun, Illa yang kini aktif dalam bidang perniagaan makanan dan minuman berkata dia tidak lagi berminat dengan dunia hiburan.

“Saya masih ada, tidak ke mana-mana tapi sibuk di belakang tabir buat perniagaan makanan.

“Saya bukanlah merajuk sebab pengalaman 20 tahun lalu memang tidak dapat dilupakan.

“Namun saya tidak berapa selasa dengan dunia glamor, dunia kemasyuran macam tu. Saya suka low profile buat kerja dengan keluarga, ” katanya kepada mStar.

Illa ditemui di Arena Food Park, Bandar Baru Selayang pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi