suria

Ramadan ketiga bertudung, niat suci Ifa Raziah dipersoal - “Saya nak kumpul banyak pahala bulan ini”

TAHUN ketiga bertudung pada bulan Ramadan, penyanyi dangdut Ifa Raziah memberitahu dia sememangnya mengambil kesempatan untuk merebut pahala pada bulan mulia ini.

Biarpun niatnya itu dipersoalkan segelintir pihak, namun Ifa berkata, apa juga ibadah yang dilakukan adalah urusan dia dengan Allah.

“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala.

“Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain very the jahil, very the buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.

“Orang selalu cakap, dah elok berjubah, berhijab... tiba-tiba dah habis raya habis syawal buka balik, benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah” katanya kepada mStar.

ARTIKEL MENARIK: Ifa Raziah terkejut dikaitkan dengan fitnah Ismail Sabri langgar SOP - “Itu video lama, masa PKPP... saya tak tahu siapa yang buat khianat”

Tambah Ifa, dia tidak mahu bersifat hipokrit dalam isu membabitkan agama dan hanya menjadi diri sendiri.

Katanya lagi, banyak komitmen berkaitan kerja seni yang masih menjadi kekangannya untuk terus berimej muslimah.

“Saya tak nak plastik, propa cakap kat orang yang saya sudah baik, saya sudah solat dan pasti masuk Syurga.

“Rezeki yang saya dapat sekarang ini semua datang daripada Allah, semua daripada izin-Nya.”

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi