suria

Heliza Helmi tak boleh lupa pengalaman berdepan kereta kebal Israel - “Mereka lepaskan bom tapi…”

RAKYAT Malaysia termasuk golongan selebriti menzahirkan rasa simpati terhadap isu yang berlaku kepada Palestin ketika ini.

Penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Hazwani yang aktif dalam misi kemanusiaan termasuk di bumi Gaza berkongsi pengalaman mereka ketika berada di sana suatu ketika dulu.

”Apabila masuk sahaja ke bumi Gaza buat kali pertama, rasa sesuatu yang luar biasa. Masalah yang kita hadapi sewaktu di Malaysia seperti bebanan kerja dan sebagainya, tiba-tiba Allah angkat dan berikan rasa yang sangat tenang.

“Lepas tu saya tanya dekat kawan-kawan yang lain adakah mereka juga rasa tenang?” ujarnya kepada mStar pada sesi Instagram live.

Cerita Heliza lagi ketika di sana dia turut berdepan detik cemas seperti nyawa berada di hujung tanduk.

“Masa tu kita nak tanam pokok zaitun, tiba-tiba ada kereta kebal datang ke arah kami.

“Penduduk Palestin dah panggil kami untuk lari daripada kawasan tersebut, ketika itu saya nampak bahagian muncung kereta kebal itu pusing menghala ke arah kami.

“Memang saya rasa macam nyawa di hujung tanduk, semasa mereka melepaskan tembakan... hanya asap yang keluar, ”katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi