suria

Penyanyi rap Kidd Santhe kongsi kisah ‘hitam’ dibuli masa sekolah - “Sedih sebab berat badan 70kg masa sekolah rendah”

GARA-GARA memiliki fizikal badan yang besar, penyanyi Kidd Santhe mengakui pernah menjadi mangsa buli di zaman persekolahannya.

Ujar Kidd, bagi memberi kesedaran tentang keburukan buli, dia cuba menyampaikan mesej positif menerusi video muzik single terbaharunya berjudul 'Haa Aah'.

“Saya selalu dibuli... dulu saya gemuk. Masa darjah empat berat saya 70 kilogram, masa kawan-kawan di sekolah suka buli saya.

“Perkara tu buat rasa sedih sikit, jadi video muzik lagu baharu ini saya nak ketengahkan isu buli,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai fizikal terkini yang semakin kurus, Kidd Santhe memberitahu dia mula mementingkan faktor kesihatan.

“Saya terlalu bekerja keras jadi masalah kesihatan pun datang jadi saya terfikir untuk menjaga kesihatan diri.

“Saya mula bersenam akhirnya dapat kurangkan lebih daripada 28 kilogram sebab dua tahun lepas saya mempunyai berat 112 kilogram,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi