suria

Iman Troye rasa tak layak masuk AJL walaupun views MV berjuta, harap peminat suka lagu baru ‘Nang’

PENYANYI Iman Troye mengakui mengalami masalah tidur malam disebabkan risau dan berdebar menanti saat lagu baharu berjudul Nang dilancarkan.

Namun ujar Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, ianya berbalik kepada niat yang membuatkan dia terus untuk berada dalam industri muzik.

“Kalau bercakap bab risau ni memang adalah, masa nak release single tu memang tak cukup tidur. Tapi apa yang saya fikir memang kena betulkan niat.

“Apa yang saya niat dekat lagu Teman dan Pejam Celik adalah memang niat untuk berkarya, asalkan orang happy saya pun happy,” katanya kepada mStar.

Iman yang temui di majlis kempen 2 juta Bangkit Belajar PTTI di Kuala Lumpur pada Rabu diumumkan sebagai duta untuk pusat ilmiah ini.

Malah lagu Teman turut dijadikan jingle untuk projek berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi buat Iman Troye dikenali, akui stres kena kecam netizen - “Yang buruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang”

Sementara, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, Iman dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.

"Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

"Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman," katanya.

Untuk rekod sebelum ini Teman turut dijadikan jingle bagi sebuah jenama e-dagang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Iman Troye, Duta PTTI, Nang, Teman, Lagu Baharu,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi