suria

Terpaksa lupakan hasrat jual tudung tenggelam banjir, hanya fikir nak sedekah - “Selepas basuh masih ada tompok-tompok kotor”

HASRAT peniaga tudung dan kosmetik di Mentakab, Pahang untuk menjual semula barangan miliknya yang ditenggelami banjir baru-baru ini tidak kesampaian apabila ia mengalami kerosakan teruk.

Menurut Anita Hassan, 27, dia cuba membasuh tudung-tudung berkenaan namun kecewa apabila masih terdapat kesan kotoran kekal pada fabrik.

“Memang pada mulanya nak jual murah sekitar RM4 atau RM5 sehelai, tapi selepas basuh ada tompok-tompok kotoran yang kekal.

“Jadinya memang tak dapat nak jual. Saya terfikir nak sedekah je kepada mangsa banjir yang lain selepas semunya dicuci bersih,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod kedai tudung dan kosmetik milik Anita atau Eyta sudah beroperasi sejak tahun 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi