suria

Video kemas taman permainan viral, remaja ‘terlajak’ bersih sakit mata tengok sampah

GARA-GARA berkongsi video sedang mengemas taman selepas balik dari sekolah, seorang remaja bernama Afiq Hafiz Najmi, menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji sikap tersebut.

Ujar Afiq, 18, dia tidak selesa melihat keadaan taman permainan tersebut yang bersepah dan kotor sehingga mengambil inisiatif untuk membersihkan sendiri berkenaan.

"Kebiasaan kemas taman ni emak saya, sebab kami adik-adik beradik bersekolah dan ayah pun bekerja.

"Kawasan taman permainan tu betul-betul depan rumah so kalau keluar rumah memang akan nampak taman tu.

"Kalau saya jemur baju saya akan nampak taman tu, kalau nampak taman tu dalam keadaan tak terurus dengan banyak sampah sana sini saya sakit mata, jadi saya ambil inisiatif untuk tolong bersihkan,” katanya kepada mStar.

Kata Afiq, dia sememangnya sudah terbiasa dengan aktiviti mengemas rumah memandangkan ibunya seorang yang sangat mementingkan kebersihan.

“Saya tak ada lah permbersih 24 jam, tapi berbeza dengan mak saya.

“Mak saya walaupun tempat tu dah dibersihkan dia akan bersihkan sekali lagi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi