suria

Mula-mula ingatkan kena sawan, tak sangka pula kanak-kanak ini hidap SSPE sejenis penyakit jangkitan kuman dalam otak

IBU bapa mana yang tidak terkejut apabila anak yang dilahirkan sempurna namun akhirnya disahkan menghidap Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE) iaitu jangkitan kuman dalam otak pada usia empat tahun.

Menurut bapanya, Mohd Fauzi Abdol, 34, pada mulanya dia sukar menerima hakikat yang sedang berlaku tetapi perlu kuat demi anak tersayang.

“Sebelum ini dia sihat je macam budak-budak biasa. Memang sedih sangat, waktu mula-mula tak boleh terima dan bertanya perkara ni jadi dekat anak saya.

“Lama kelamaan saya reda. Saya kena kuat untuk dia juga,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Muhammad Fayyadh, 4, menunjukkan simptom awal kepada penyakit SSPE ini pada Mei tahun lalu.

Menerusi aplikasi TikTok, Fauzi berkongsi video keadaan anaknya itu yang gagal mengawal keseimbangan badan.

Ia dikenalpasti sebagai tanda-tanda awal kepada SSPE.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi