suria

Bukan senang jadi ibu... Wanita ini reda urus anak autisme dan ekzema kronik, pernah alami anxiety attack

BUKAN mudah untuk membesarkan anak, itulah dugaan yang perlu dihadapi Maizura dan suami, Mohd Muizz dalam menguruskan dua anak yang menghidap penyakit berbeza.

Menurut Maizura atau Siti Maizura Rashid, 32, dia pernah berputus asa dan diserang anxiety kerana terlalu risau tentang kesihatan anak-anaknya.

Berdasarkan perkongsian di TikTok, dua daripada empat orang cahaya mata Maizura berdepan masalah kesihatan.

Anak keduanya Muhammad Mishary Muazzin, 8, merupakan kanak-kanak nonverbal autisme manakala adiknya, Muhammad Mahdi Mikhail yang berusia lima tahun menghidap atopic ekzema sejak lahir.

“Saya pernahlah kena anxiety attack disebabkan terlalu risau.

Anything happen to me and husband siapa yang akan jaga anak-anak yang masih kecil? Ia merisaukan hingga saya kena anxiety tahun lepas.

“Sewaktu kena anxiety tu saya rasa down, memang rasa break out...rasa putus asa,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Viral, TikTok, Ekzema, Autisme, Anxiety Attack,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi