suria

Gugur juga air mata bekas suami jururawat maut digilis lori 3 tan, kelu lidah jelaskan kepada anak ibunya sudah tiada

PEMERGIAN insan tersayang pastinya merupakan satu detik yang sangat perit dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Lebih sukar apabila mahu menerangkan kepada anak yang baru berusia lima tahun tentang kematian ibunya selepas terlibat dalam kemalangan pada 24 Januari lalu.

Menurut Muhammad Basyer Khamis@Roslee, 32, sungguh berat dia gagahi jua untuk menerangkan tentang situasi itu kepada anaknya, Muhammad Aqil Zikri.

“Selepas dapat berita pukul 8 malam tu orang tua saya terlepas cakap... dia terdengar, dia tanya mummy mati ke mati ke?

“Saya cuba sorokkan dulu hingga keesokan harinya... namun nak tak nak kena terangkan jugalah mummy dah jumpa Allah, Allah lebih sayangkan mummy.

“Tapi dia keep asking everyday... tak boleh marahlah sebab dia masih kecil saya layankan je,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, bekas isteri Muhammad Basyer iaitu Wan Nurfarahin Mohd Radzi maut dalam kemalangan selepas digilis sebuah lori tiga tan di Lebuhraya Sungai Besi pada Isnin lalu.

Menurut Muhammad Basyer hingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci tentang punca sebenar kemalangan berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi