suria

Peniaga jumpa tanah kubur keliling kedai, CCTV rakam kelibat pengkhianat... Ustaz pun terkejut, siap hidu bau bangkai

AKIBAT perbuatan khianat restoran makanan Arab milik Leisha Sa'adon dan suaminya sepi tanpa kehadiran pelanggan.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila suaminya menjumpai sisa tanah dalam pasu bunga dan kaki lima di sekeliling kedai mereka yang terletak di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai, Johor itu.

Namun ujar Leisha, 40, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan seorang pemuda menabur tanah berkenaan sekitar pukul 10 malam selepas kedai mereka ditutup seolah-olah merungkai segalanya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam selepas saya dah tutup kedai.

“Suami saya perasan dekat belakang pasu ada tanah bertaburan, awalnya saya positif je mungkin ada orang saja buang tanah kot.

“Tapi apabila check CCTV kami lihat ada orang tabur tanah di sekitar kedai saya,,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Leisha berkata dia dan suami ada bertanya tentang penemuan aneh itu kepada seorang ustaz.

“Kebetulan ada ustaz dari pusat tahfiz di sini sini WhatsApp beritahu nak datang makan, saya pun dengan tak sedap hati masa tu minta bantuan ustaz untuk tengokkan fasal tanah tu.

“Saya terkejut apabila ustaz cium tanah tu dia kata bau bangkai dan itu adalah tanah kubur," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi