suria

Bapa tempah maut tunjuk hebat buat aksi ‘wheelie’ dengan anak kecil, pakar kaunseling gesa polis ambil tindakan keras!

TINDAKAN seorang bapa melakukan aksi ‘wheelie’ bersama anaknya di jalan raya seperti video tular di media sosial sejak Rabu mengundang kemarahan ramai.

Malah Saintis Sosial Multidisiplin dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata perbuatan berkenaan dianggap tidak siuman kerana membahayakan nyawa.

Katanya, jika benar individu berkenaan adalah bapa kepada kanak-kanak perempuan terbabit, dia seharusnya melindungi anaknya.

“Saya rasa sedih apabila tengok kanak-kanak berkenaan dalam keadaan macam tu. Apa sebenarnya tanggungjawab seorang bapa?

“Ini satu perkara yang tak elok dan tidak patut menjadi contoh.

“Jangan jadikan benda ini sebagai content semata-mata untuk jadi popular,” katanya kepada mStar.

Tambah Dr Airil, perkara tersebut berkemungkinan akan mempengaruhi tumbesaran anak kecil dan mungkin mengalami trauma.

“Kita boleh nampak pada wajah anak tu memang tidak gembira.

“Benda ni boleh mengganggu tumbesarannya dan emosi dalam jangka masa panjang,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi