suria

Tanah kubur dan duit syiling mainan pengamal sihir, Instafamous Aisyah Hijanah pelik pelanggan mengadu butik selalu tutup!

BUTIK disangka tutup, perniagaan dianggap belum beroperasi.

Demikian pengalaman misteri yang menghantui Instafamous yang juga usahawan butik muslimah Aisyah Hijanah apabila dia mengesyaki menjadi mangsa perbuatan sihir.

Bercerita kepada mStar, Aisyah berkata dia pernah melihat lembaga hitam berjalan di dalam pejabatnya selain gangguan lain yang bertujuan untuk menakut-nakutkan dia dan para pekerja.

“Staf juga beritahu mereka terjumpa duit syiling dan bau bangkai dekat butik. Saya sendiri ternampak lembaga hitam berjalan menuju ke tandas.

“Ramai juga yang DM beritahu mereka pergi ke butik tapi nampak tutup. Ada juga seorang model datang untuk photoshoot tapi dia kata nampak butik tu kosong macam tak beroperasi,” katanya kepada mStar.

Tambah Aisyah, dia sedang dalam usaha untuk mendapatkan pandangan daripada seorang pengamal perubatan Islam bagi mengetahui punca sebenar kejadian aneh yang menimpanya sejak seminggu yang lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi