suria

Inai di jari masih merah, suami reda isteri meninggal selepas 15 hari nikah... Angkara sihir ketulan darah keluar dari kemaluan!

SELEPAS dua minggu mendirikan rumah tangga, pemuda bernama Syed Syamin reda apabila isteri tersayang pergi buat selama-lamanya angkara buatan orang.

Menurut Syed Syamin Syed Sabry, 27, kejadian pada malam pertama perkahwinan mereka merupakan permulaan kepada penderitaan yang dialami arwah sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 17 Februari lalu.

“Kami bersanding pada 5 Februari, bermula malam tu arwah sakit. Masa kami nak bersama, keluar ketulan darah dari kemaluan dia.

“Sejak itu dia terus menderita sakit dan tiada selera makan hingga ke hari seterusnya,” katanya kepada mStar.

Kata Syamin dia dan arwah isterinya sudah menemui beberapa orang pengamal perubatan Islam dan dipercayai penyakit yang dialami itu adalah sihir dan santau.

Tambah Syamin penderitaan yang dialami isterinya itu bukanlah perkara baharu kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Sebenarnya dia derita akibat buatan orang ni dah lama sekitar tahun 2016 lagi.

“Sebelum kahwin juga macam-macam dugaan saya dengan dia hadapi sampai ada tahap tak jadi nak kahwin,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi