suria

“Sampai bila nak fitnah?” - Awie jelaskan hubungan rapat dengan Erra Fazira sekadar kawan

GARA-GARA keakraban sebagai kawan, timbul pula dakwaan kononnya penyanyi Datuk Awie menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra Fazira yang juga merupakan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu.

Menafikan dakwaan tersebut, Awie berkata ia merupakan satu fitnah yang tidak berasas.

Ujarnya, mereka hanya berkawan dan masing-masing tidak lagi memikirkan mengenai hal lampau dan lebih selesa bersikap profesional terutamanya berkaitan kerja.

“Kami berkawan, bercinta, bertuang dan putus. Bila putus macam-macam orang kata. Tak bertegur sapa sampai lapan tahun.

“Saya fikir sampai bila nak teruskan macam ni, sampai bila orang nak menuding jari dan memfitnah fasal kami. Mereka salah.

“Mana-mana yang sempat nak minta maaf tu datang cepat kepada kami. Jangan jadikan fitnah sebagai makanan. Isteri saya pun tahu hubungan kami macam mana dan dia tidak ada masalah, sangat sokong tentang kerjaya kami,” ujarnya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi