suria

Awie sedih industri muzik ‘dilacurkan’ orang tiada jiwa seni, penampilan founder dan TikToker jadi penyanyi memalukan

PENYANYI Datuk Awie meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan segelintir usahawan serta TikToker yang cuba memasuki industri hiburan dan bergelar penyanyi.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Wings antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada Konsert Hausboom Muzik 2022 bersama artis lain seperti Hujan, Bunkface, Joe Flizzow, Ruffedge, Masdo dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi