suria

Black nasihat penyanyi ‘tangkap muat’ jangan buat benda mengarut, stesen TV perlu tapis content viral… Akui dulu tak mudah masuk industri

LAMBAKAN penyanyi baharu yang diangkat menerusi media sosial sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada industri muzik tanah air.

Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 34, berkata pelapis baharu sepatutnya digilap bersandarkan bakat dan bukan populariti di media sosial semata-mata.

“Saya bermula menjadi penyanyi pada usia 10 tahun... untuk menjadi penyanyi sebenarnya bukannya jalan yang mudah perlu saya lalui, macam sekarang ini banyak penyanyi yang lahir daripada media sosial.

“Yang mempunyai bakat menyanyi tu okay tapi yang tak boleh menyanyi tetap diangkat menjadi penyanyi, ia akan merosakkan industri muzik tanah air.

“Kami selaku penyanyi yang berada lama dalam industri ini berharap agar pelapis baharu ini boleh menyanyi secara live dan bukan sekadar rakaman sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Black mengakui berasa sedikit sedih dan kecewa apabila hasil karya terbaiknya kurang mendapat sambutan berbanding lagu tular di media sosial.

“Sedih dan kesal tu memang ada cuma saya bersyukur kerana tidak semua yang kita lakukan akan menjadi... itu boleh dijadikan proses pembelajaran untuk memancing peminat.

“Saya minta kepada semua pendengar di Malaysia untuk menjadi seorang pendengar muzik yang baik serta tahu menilai karya dan sama-sama membantu penyanyi yang ada menaikkan industri muzik Malaysia,” katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi