suria

Selesa tanpa kontroversi, Khai Bahar tak mahu buat gimik melampau hingga menyakitkan hati orang lain

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia pernah menjadi mangsa kutukan dan kritikan daripada individu sekeliling yang dikenalinya.

Enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul, 28, berkata dia memilih untuk berfikiran terbuka dan abaikan mengenai perkara berkenaan.

“Gosip atau cerita panas semua tu... kita buat rileks saja! Kalau ada benda buruk daripada saya sekali pun, sekiranya betul jadi ya la kan... kalau tak ada maka tak ada la.

“Yang penting saya tahu jaga diri dan tidak kacau orang lain. Biarlah orang nak mengata dekat saya pun tak apa la!

“Kalau ada orang mengata di belakang mengenai hal peribadi dan kerja memang ada... tapi saya malas ambik tahu dan bagi saya perkara ini biasa,” kata Khai kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi