suria

Ain Edruce kurang berlakon kerana fokus keluarga, tak mahu hilang momen besarkan anak… Rancang tambah cahaya mata

PELAKON Ain Edruce berkata dia kurang mengambil tawaran berlakon kerana ingin memberikan fokus kepada keluarga terutama anaknya, Soraya.

Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 31, memberitahu dia akan kembali aktif berlakon dalam masa terdekat sekiranya mendapat keizinan suami iaitu Amirul Hafiz.

“Sebenarnya selepas saya bersalinkan Soraya, agak kurang masa dengannya kerana sibuk dengan kerja... banyak juga hilang momen waktu kecil itu, sekarang ni tiba-tiba saja macam sudah besar pula.

“Jadi buat masa ini, apabila mendapat tawaran untuk jadi pengacara Melodi TV3... jadi saya kurangkan sedikit aktiviti seni sebab nak fokus kepada anak.

“Sekarang ini saya lebih fokus kepada program Melodi serta keluarga tapi untuk bulan depan mungkin Ain akan kembali aktif berlakon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi