suria

Terlalu ghairah kejar duit sampai lupa adab - Saiful Apek pesan bakat baharu jangan cepat ‘culture shock’

PELAWAK Saiful Apek memberitahu generasi muda perlu bijak dalam membuat apa-apa pengisian kandungan dan jangan terlalu mengejar viral semata-mata.

Kata Apek atau nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 53, kemajuan yang ada sekarang ini sangat mudah membuatkan seseorang itu popular tetapi mereka perlu berwaspada kerana ia mungkin boleh memakan diri sendiri.

“Kadang-kadang dengan fasiliti moden ni akan buat seseorang tu terlalu manja dan akan terlepas pandang tentang akar umbi perjuangan seni itu sendiri.

“Tapi dalam masa sama kita perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan saya sedikit pun tidak ada rasa iri hati.

“Viral hari ini, esok dah ada viral baru, ia boleh membantu dan dalam masa sama boleh membunuh dengan isu-isu viral tanpa henti,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Apek merupakan salah seorang pelakon dalam filem Hantu Tenggek bersama Syarif, Syaiful, Danial Zaini, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi bermula 22 Disember 2022 di pawagam seluruh Malaysia.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi