suria

“Tolong bawa semua bukti” - Adam Shahz ‘warning’ Fatin Afeefa datang mahkamah 26 Januari, akan tuntut hak sebagai bapa

PELAKON Adam Shahz memberi amaran kepada bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa agar hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sebutan pertama kes tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka pada 26 Januari ini.

Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, dia terpaksa membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi menuntut haknya sebagai seorang bapa ekoran dia tidak dapat bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

"Tarikh mahkamah dapat tetapkan untuk sebutan pertama kes dan harapnya dia (Fatin) akan menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh tersebut.

"Buat masa ini saya hanya kemukakan satu kes sahaja tapi akan ada isu lain berbangkit," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam turut berpesan kepada Fatin agar membawa semua bukti-bukti dan dokumen yang diminta sebelum ini agar kebenaran boleh ditegakkan di mahkamah.

Kata pelakon filem Juvana ini, meskipun ramai menghentam dirinya ekoran masalah yang berlaku di antara mereka tetapi Adam memilih untuk tidak membuat kecoh kerana ingin menjaga maruah kedua-dua belah pihak dan mengeruhkan keadaan.

"Buat masa ini saya tak ingin war-warkan sangat di media sosial kerana ingin menjaga maruah kedua-dua belah pihak.

"Tapi kepada pihak sebelah sana, tolong bawa semua bukti-bukti dan dokumen yang saya minta sebelum ini. Jangan cakap sedap mulut sampai berlaku fitnah dan penghinaan terhadap saya," katanya.

Adam dan Fatin pernah berkahwin pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan sebelum itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi