suria

Dua bulan bergelar isteri, Najwa Latif mohon doa zuriat… “Tak nak cakap lebih sebab baru lagi kahwin”

PENYANYI Najwa Latif mengakui kehidupannya lebih selesa selepas bergelar pensyarah dan tidak mahu mengejar populariti sebagai seorang artis.

Kata Najwa atau Imratul Najwa Latif, 28, menyanyi bukan lagi keutamaannya dan fokus kini sebagai seorang pendidik.

“Untuk tahun ini saya memang sibuk dengan mengajar dan kelas pun sudah bermula, karier nyanyian pula ada keluarkan single bersama suami berjudul Sudi.

“Perancangan saya tahun ini hanya keluarkan karya lagu untuk peminat yang sudi mendengar, kalau nak bercakap mengenai menonjol atau tidak tu sebenarnya saya sendiri rasa yang saya ni biasa-biasa saja tapi kalau ada rezeki untuk menonjol alhamdulilah.

“Orang kenal saya yang saya ni lebih utamakan pelajaran dan kerjaya sebagai seorang pensyarah jadi saya utamakan itu dahulu, nyanyian ini hanya sekadar hobi saja,” kata Najwa kepada mStar.

Untuk rekod, Najwa berkahwin dengan penyanyi rap Akwa Ariffin pada 11 November tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi