suria

Jangkitan Covid-19 titik perubahan Asfan Shah dalami agama, pasang impian dakwah ke luar negara

PENYANYI Asfan Shah memberitahu kehidupannya kini lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidup dan mendekatkan diri ke jalan diredai Allah SWT.

Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 38, berkata, jangkitan Covid-19 yang dialami sebelum ini membuatkan dia ingin membuat perubahan dalam hidup selain ingin mendalami ilmu agama dalam usaha memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.

"Saya terdetik buat perubahan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum ini... ia membuatkan saya terfikir nak mencari agama dan bertanya kepada kawan-kawan yang aktif dalam jalan dakwah sebab selepas tamat kuarantin saya mahu terus menyertai majlis agama.

"Selepas pulih, ada kawan bawa saya pergi ke Mersing di Johor untuk mengikuti sebuah majlis agama selama tiga hari tapi yang peliknya selepas itu saya rasa macam tak cukup dan masih mahu mencari ilmu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Asfan turut menyatakan hasrat mengembangkan lagi aktiviti dakwan yang dilakukan ke luar negara suatu hari nanti.

"Saya ada perancangan nak ke luar negara selama empat bulan dan sama-sama belajar mengenali agama dengan lebih mendalam, Insya Allah," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi